skpinkt.zoom-a.com
SK. PINAWANTAI,
PETI SURAT 318, 89058 KUDAT
 Tel : 08-8613739, Faks : 08-8611464
e-mel : skpinkt@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | KTBM | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | IKRAR SEKOLAH | FOTOGALERI | SENARAI GURU BESAR | KAKITANGAN MENGAJAR | LOGO SEKOLAH | KO-KURIKULUM | CAKAP_CAKAP | PIAGAM PELANGGAN | ENROLMENPELAJAR | BAHAN PnP | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | KOKURIKULUM | LOGO SEKOLAH |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(AKOH BIN SATON)


Assalamualaikum Wrbkth.

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian................

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana pembinaan laman web ini dapat direalisasikan.. Sememangnya sudah menjadi impian bagi setiap individu, badan-badan kerajaan mahupun swasta untuk menghasilkan website masing-masing.

Pendidikan merupakan satu bidang yang dinamik yang sentiasa perlu kepada pengubahsuaian bagi menangani perubahan sosial, politik, ekonomi serta teknologi. Pelunjuran perubahan yang berlaku di alaf baru ini dari segi pembangunan ilmu jelas menunjukkan bahawa pada abad ini merupakan abad yang penuh dengan cabaran khasnya dalam bidang pendidikan.

Oleh sebab itu seiring dengan perkembangan modenisasi khasnya dalam bidang IT sekolah kami tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran pada alaf ini untuk melancarkan web sekolah ini. Saya bagi pihak sekolah ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Penyelaras Bestari sekolah ini yang telah bersusah payah untuk menyiapkan Laman Web ini, juga kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kudat, Pegawai Teknologi Pusat Kegiatan Guru Kudat, Pegawai Teknologi Pusat Kegiatan Guru Ranau, Pusat Sumber Pendidikan Negeri serta pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan Laman Web ini.

Kepada para individu mahupun kumpulan-kumpulan tertentu yang ingin memberi respon sila hubungi kami.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: