skpinkt.zoom-a.com
SK. PINAWANTAI,
PETI SURAT 318, 89058 KUDAT
 Tel : 08-8613739, Faks : 08-8611464
e-mel : skpinkt@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | KTBM | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | IKRAR SEKOLAH | FOTOGALERI | SENARAI GURU BESAR | KAKITANGAN MENGAJAR | LOGO SEKOLAH | KO-KURIKULUM | CAKAP_CAKAP | PIAGAM PELANGGAN | ENROLMENPELAJAR | BAHAN PnP | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | KOKURIKULUM | LOGO SEKOLAH |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan Tahun Satu

Bangunan Tahun Tiga (Lama)

Sekolah Kebangsaan Pinawantai terletak 3 km dari Pekan Matunggong dan jarak dari bandar kudat sejauh 50 km. Sekolah ini dibina pada pertengahan tahun 1966 atas permohonan penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung Pinawantai serta 10 orang ketua kampung yang berhampiran.

Sekolah kebangsaan Pinawantai pada mulanya hanya ada dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Bangunan sekolah mula ditambah sebanyak dua buah bilik pada tahun 1970, seterusnya dua buah bilik lagi pada tahun 1974. Kemudian pada tahun 1979 empat buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan dua unit rumah guru dibina. Kemudian pada tahun 1985 - 1989 empat buah bilik darjah termasuk sebuah makmal sains dan lapan unit rumah guru dan sebuah surau telah dibina, dua daripadanya ialah projek kilat

Sekolah Kebangsaan Pinawantai memulakan dua sesi persekolahan pada 01 mei 1967 dengan murid seramai 130 orang. Kemudian pada tahun 2002 - 2004 sekolah ini maju setapak lagi dengan terbinanya sebuah makmal komputer dan sebuah bangunan prasekolah. Kemudian pada awal tahun 2006 bilik guru dan pentadbiran berpindah ke bangunan bekas Sekolah Menengah Kebangsaan Pinawantai yang telah berpindah ke bangunan baru.

 


Bangunan Prasekolah

Bangunan Makmal Komputer



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: